Membuka Akaun Maybank2U

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Alhamdullillah, berjumpa kita sekali lagi pada coretan kali ini. Kali ini kami ingin berkongsi bersama anda bagaimana cara yang betul untuk membuka akaun Maybank2U. Maybank2U amat berguna dalam berurus niaga di alam internet yang serba canggih. Pengguna tidak perlu keluar pergi ke bank atau mesin ATM untuk berurus niaga, sebaliknya semua itu hanya di hujung jari mereka hanya dengan menggunakan internet.

Langkah pertama yang anda perlu lakukan adalah pergi kemana-mana cawangan Maybank ataupun mesin ATM Maybank dan memasukkan kad ATM. Tunggu sehingga kad ATM anda disahkan dan masukkan nombor pin anda.

Langkah kedua, pilih Permohonan Maybank2U/PB. Kemudian pilih PIN Laluan Maybank2U dan membuat enam digit nombor pin baru.

Langkah seterusnya, layari www.maybank2u.com.my dan klik pada perkataan "First Time Login". Masukkan nombor akses iaitu 16 digit nombor yang tertera pada kad ATM. Seterusnya, masukkan 6 digit nombor pin yang digunakan sebagai akses pada mesin ATM dan klik "Activate".

Langkah terakhir, cipta "Username" anda yang terdiri daripada 6 hingga 12 huruf. Kemudian, cipta "Password" anda yang terdiri daripada 8 hingga 12 huruf dan nombor. Akhir sekali, isi semula "Password" baru anda tadi sebagai pengesahan.

Akhirnya, kami berjaya memiliki sebuah akaun Maybank2U untuk digunakan dalam urusniaga perbankan di dalam internet. Maybank2U merupakan satu akaun yang mudah digunakan dapat menjimatkan masa dan tenaga manusia. Semoga perniagaan mata wang asing yang baru kami berjinak-jinak dengannya dapat membuahkan hasil, Insya Allah. Sekian sudah coretan kali ini daripada kami.

Assalamualaikum.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

CD Pembelajaran Interaktif E-Dagang

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Alhamdullilah kita berjumpa lagi pada coretan kali ini. Sesungguhnya kami berasa bertuah kerana dapat bersama Encik Miswan sekali lagi pada minggu ini. Beliau telah mengajar banyak perkara pada minggu ini. Antaranya cara untuk menguruskan kewangan kami agar pengaliran keluar masuk perbelanjaan kami terurus dan ke arah kebaikan.

Pada kuliah minggu ini juga kami telah mendapat CD Pembelajaran Interaktif E-Dagang seperti mana yang telah dijanjikan oleh Encik Miswan pada kuliah yang pertama dahulu. Kami telah membeli CD tersebut pada harga RM20 sekeping. Banyak perkara berkaitan dengan E-Dagang boleh kita semua belajar di dalam CD tersebut.


Diharapkan dengan adanya CD ini, kita semua semakin bersemangat untuk mempelajari dan memahami apa itu E-Dagang. Sekian untuk coretan kali ini.

Assalamualaikum.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Welcome To E-Dagang : DIT 3254

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...


Kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana kami berpeluang untuk menyambung pengajian Diploma kami untuk tahun ketiga yang juga tahun terakhir kami. Setelah 2 bulan kami bercuti di kampung halaman masing-masing untuk bersama keluarga dan rakan-rakan, akhirnya kami kembali untuk menamatkan tahun terakhir kami dengan kejayaan. Selamat datang diucapkan pada semua rakan-rakan kami yang berada di dalam kelas DIT 08 khususnya dan di UTHM amnya.

Akhirnya, kelas pertama kami pada semester ini telah bermula yang didahului dengan subjek Pembangunan Aplikasi E-Dagang yang diajar oleh Encik Miswan bin Surip. Beliau merupakan mantan Dekan FTMM pada tahun 2004 dan 2005 di UTHM. Kami berasa amat bertuah kerana dapat menerima tunjuk ajar daripada seorang mantan Dekan FTMM kerana pada pendapat kami amat sukar untuk sesebuah kelas itu menerima tunjuk ajar daripada seorang Dekan ataupun mantan Dekan. Terima kasih kami ucapkan pada Encik Miswan kerana sudi mencurahkan ilmu pada kami dan Insya Allah kami akan memanfaatkan peluang ini sebaik mungkin.

Sekian, terima kasih...

Assalamualaikum...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS