Projek Analisis Forex 25%

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

Nama Method:

Method 4

Nama indicator yang digunakan:


BrainTrain1Sig

- digunakan untuk mengesan perubahan maksimum sama ada pada posisi beli, jual ataupun tutup untuk perhatian pelabur untuk menjadikan ia sebagai rancangan taktital sebelum mengambil sesuatu keputusan di dalam pasaran dagangan.
- warna magenta digunakan sebagai tanda untuk perubahan maksimum bagi posisi jual.
- warna aqua digunakan sebagai tanda untuk perubahan maksimum bagi posisi beli.



BrainTrain2Sig

- juga digunakan untuk mengesan perubahan maksimum sama ada pada posisi beli, jual ataupun tutup.
- fungsinya hampir sama dengan BrainTrain1Sig tetapi indicator ini lebih kepada untuk meyakinkan pelabur membuat keputusan ketika perubahan maksimum berlaku untuk mana-mana posisi.
- warna magenta digunakan sebagai tanda untuk perubahan maksimum bagi posisi jual.
- warna aqua digunakan sebagai tanda untuk perubahan maksimum bagi posisi beli.



MACD2

- digunakan untuk membuat penilaian terhadap keadaan pasaran semasa bagi membolehkan pelabur membuat keputusan sama ada ingin beli, jual ataupun tutup.
- apabila garisan biru seiring dengan garisan merah maka keadaan ini tidak sesuai untuk melakukan aktiviti buka posisi kerana pasaran tidak stabil.
- apabila berlaku pintasan garisan berwarna biru dari bawah garisan merah maka keadaan ini sesuai untuk melakukan aktiviti buka posisi sama ada beli ataupun jual.



MACDcoloredv102

- merupakan indikator MACD2 yang diubah ke dalam bentuk graf yang akan meramalkan perincian pasaran semasa.
- indikator ini ditetapkan nilai dengan mindif =0.1.
- di dalam MACDcoloredv102 terdapat dua petunjuk asas iaitu:
1) graf bar yang mempunyai dua warna iaitu:
a) hijau adalah untuk uptrend.
b) merah adalah untuk downtrend.
2) graf garisan berwarna putih yang menyambung penghujung setiap bar.



Moving Average

- digunakan untuk mengukur arah pergerakan harga pasaran dengan lancar.
- kebiasaannya, dikira menggunakan “closing price”, “median”, “typical”, “weighted closing”, dan “high”, “low” atau “open price” seperti indikator-indokator yang lain.
- menggunakan konsep pengukuran jarak secara separuh diantara pergerakan harga semasa.
- contoh petunjuk apabila harga melalui “moving average”:
1) “long position” apabila harga berada di atas garisan “moving average”.
2) “short position” apabila harga berada di bawah garisan “moving average”.



Kenapa harus memilih method ini ?


- method ini sangat mudah untuk diikuti dan difahami.
- penggunaan indikator yang ringkas dan padat.
- banyak membantu bagi mereka yang baru sahaja menceburi pelaburan Forex.
- tidak terlalu rumit untuk mempelajarinya.
- sesuai untuk semua jenis pasangan matawang.

Contoh hasil menggunakan method ini

- modal asas = USD 3,000



- proses dagangan jual dan beli dalam pasaran semasa berpandukan method 4.



- Hasil akhir urusniaga berpandukan method 4 dari 14/10/2010 hingga 22/10/2010 iaitu selama 9 hari mencatatkan keuntungan sebanyak USD 4,468.17







Kesimpulan:

Forex merupakan satu urusniaga perdagangan wang asing yang boleh menjana keuntungan jika pelabur mengikuti langkah –langkah yang betul dan teratur serta bijak membuat keputusan bagi membuka dan menutup posisi. Penggunaan method dan indikator yang betul dan tepat mampu membantu pelabur-pelabur membuat keputusan yang tepat sekaligus dapat mengaut keuntungan berlipat ganda. Hakikat berurusniaga, pelabur hendaklah berani mengambil risiko terhadap nilai pelaburan mereka dalam perdagangan mata wang asing ini selain bersedia untuk menghadapi kerugian. Displin, teknik dan pengurusan risiko yang betul akan membantu pelabur sekaligus mengurangkan potensi menghadapi kerugian.

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Install Indicator Forex (instaforex)



1.Selepas selesai Menginstall Forex kedalam Pc/Laptop anda .Anda perlu memasukkan indicator tertentu yang akan lebih memudahkan penganalisishan Graf pasaran .

2.Mula-mula copy Folder Indicator yang disertakan di dalam Cd.

3.Kemudian Pergi ke alamat berikut . C:\Program Files\InstaTrader\experts\indicators dan paste indicator tadi.Selesai close folder tersebut.

4.Buka Shortcut InstaTrader.

5.Disini kita akan mula setting indicator kepada graf, dengan mengunakan button navigator .

6.Kemudian Pilih custom indicators .pilih object indicator petama iaitu BrainTrend1Sig then klik ok .Ulang langkah yang sama dengan memilih indicaator berikutnya iaitu BrainTrend2Sig.(pilih warna bersesuaian)

7.Indicator berikutnya pula ialah MACD2 kemudian pilih tab level,dan tekan butang add tetapkan kepada nilai 0,0 kemudian pilih butang OK.

8.Pilih indicator MACDcoloredv102(pilih warna bersesuaian)kemudian pilih butang OK teruskan dengan indicator GMACD_signal.

9.Selesai memasukkan indicator seperti diatas pilih Moving Average iaitu indicator yang boleh dikatakan agak penting bagi melihat pegerakan graf iaitu bagi open dan close pasaran .Pastikan Ma_period =13 bagi tetapan Moving Average pertama .

10.Untuk Moving Average kedua kemasukan indicator hendaklah dilakukan secara manual iaitu dengan pergi ke tab utama yang memaparkan perkataan "Insert" -> indicator ->Trend -> Moving Average.

11.maka teringkap akan memaparkan item-item seperti period ,shift,MA mathod dan apply to.Setkan mengikut arahan berikut:
period=7 ,shift=5,MA method=simple dan apply to=Close

12.Yang terakhir sekali ialah indicator RSI.Tetapkan nilai 75,60,50,40,35 dengan menekan butang Add pada Tab Lavels.

Sekian ....Selamat mencuba

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Membuka Akaun Maybank2U

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Alhamdullillah, berjumpa kita sekali lagi pada coretan kali ini. Kali ini kami ingin berkongsi bersama anda bagaimana cara yang betul untuk membuka akaun Maybank2U. Maybank2U amat berguna dalam berurus niaga di alam internet yang serba canggih. Pengguna tidak perlu keluar pergi ke bank atau mesin ATM untuk berurus niaga, sebaliknya semua itu hanya di hujung jari mereka hanya dengan menggunakan internet.

Langkah pertama yang anda perlu lakukan adalah pergi kemana-mana cawangan Maybank ataupun mesin ATM Maybank dan memasukkan kad ATM. Tunggu sehingga kad ATM anda disahkan dan masukkan nombor pin anda.

Langkah kedua, pilih Permohonan Maybank2U/PB. Kemudian pilih PIN Laluan Maybank2U dan membuat enam digit nombor pin baru.

Langkah seterusnya, layari www.maybank2u.com.my dan klik pada perkataan "First Time Login". Masukkan nombor akses iaitu 16 digit nombor yang tertera pada kad ATM. Seterusnya, masukkan 6 digit nombor pin yang digunakan sebagai akses pada mesin ATM dan klik "Activate".

Langkah terakhir, cipta "Username" anda yang terdiri daripada 6 hingga 12 huruf. Kemudian, cipta "Password" anda yang terdiri daripada 8 hingga 12 huruf dan nombor. Akhir sekali, isi semula "Password" baru anda tadi sebagai pengesahan.

Akhirnya, kami berjaya memiliki sebuah akaun Maybank2U untuk digunakan dalam urusniaga perbankan di dalam internet. Maybank2U merupakan satu akaun yang mudah digunakan dapat menjimatkan masa dan tenaga manusia. Semoga perniagaan mata wang asing yang baru kami berjinak-jinak dengannya dapat membuahkan hasil, Insya Allah. Sekian sudah coretan kali ini daripada kami.

Assalamualaikum.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

CD Pembelajaran Interaktif E-Dagang

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Alhamdullilah kita berjumpa lagi pada coretan kali ini. Sesungguhnya kami berasa bertuah kerana dapat bersama Encik Miswan sekali lagi pada minggu ini. Beliau telah mengajar banyak perkara pada minggu ini. Antaranya cara untuk menguruskan kewangan kami agar pengaliran keluar masuk perbelanjaan kami terurus dan ke arah kebaikan.

Pada kuliah minggu ini juga kami telah mendapat CD Pembelajaran Interaktif E-Dagang seperti mana yang telah dijanjikan oleh Encik Miswan pada kuliah yang pertama dahulu. Kami telah membeli CD tersebut pada harga RM20 sekeping. Banyak perkara berkaitan dengan E-Dagang boleh kita semua belajar di dalam CD tersebut.


Diharapkan dengan adanya CD ini, kita semua semakin bersemangat untuk mempelajari dan memahami apa itu E-Dagang. Sekian untuk coretan kali ini.

Assalamualaikum.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Welcome To E-Dagang : DIT 3254

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...


Kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana kami berpeluang untuk menyambung pengajian Diploma kami untuk tahun ketiga yang juga tahun terakhir kami. Setelah 2 bulan kami bercuti di kampung halaman masing-masing untuk bersama keluarga dan rakan-rakan, akhirnya kami kembali untuk menamatkan tahun terakhir kami dengan kejayaan. Selamat datang diucapkan pada semua rakan-rakan kami yang berada di dalam kelas DIT 08 khususnya dan di UTHM amnya.

Akhirnya, kelas pertama kami pada semester ini telah bermula yang didahului dengan subjek Pembangunan Aplikasi E-Dagang yang diajar oleh Encik Miswan bin Surip. Beliau merupakan mantan Dekan FTMM pada tahun 2004 dan 2005 di UTHM. Kami berasa amat bertuah kerana dapat menerima tunjuk ajar daripada seorang mantan Dekan FTMM kerana pada pendapat kami amat sukar untuk sesebuah kelas itu menerima tunjuk ajar daripada seorang Dekan ataupun mantan Dekan. Terima kasih kami ucapkan pada Encik Miswan kerana sudi mencurahkan ilmu pada kami dan Insya Allah kami akan memanfaatkan peluang ini sebaik mungkin.

Sekian, terima kasih...

Assalamualaikum...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS