Projek Analisis Forex 25%

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

Nama Method:

Method 4

Nama indicator yang digunakan:


BrainTrain1Sig

- digunakan untuk mengesan perubahan maksimum sama ada pada posisi beli, jual ataupun tutup untuk perhatian pelabur untuk menjadikan ia sebagai rancangan taktital sebelum mengambil sesuatu keputusan di dalam pasaran dagangan.
- warna magenta digunakan sebagai tanda untuk perubahan maksimum bagi posisi jual.
- warna aqua digunakan sebagai tanda untuk perubahan maksimum bagi posisi beli.



BrainTrain2Sig

- juga digunakan untuk mengesan perubahan maksimum sama ada pada posisi beli, jual ataupun tutup.
- fungsinya hampir sama dengan BrainTrain1Sig tetapi indicator ini lebih kepada untuk meyakinkan pelabur membuat keputusan ketika perubahan maksimum berlaku untuk mana-mana posisi.
- warna magenta digunakan sebagai tanda untuk perubahan maksimum bagi posisi jual.
- warna aqua digunakan sebagai tanda untuk perubahan maksimum bagi posisi beli.



MACD2

- digunakan untuk membuat penilaian terhadap keadaan pasaran semasa bagi membolehkan pelabur membuat keputusan sama ada ingin beli, jual ataupun tutup.
- apabila garisan biru seiring dengan garisan merah maka keadaan ini tidak sesuai untuk melakukan aktiviti buka posisi kerana pasaran tidak stabil.
- apabila berlaku pintasan garisan berwarna biru dari bawah garisan merah maka keadaan ini sesuai untuk melakukan aktiviti buka posisi sama ada beli ataupun jual.



MACDcoloredv102

- merupakan indikator MACD2 yang diubah ke dalam bentuk graf yang akan meramalkan perincian pasaran semasa.
- indikator ini ditetapkan nilai dengan mindif =0.1.
- di dalam MACDcoloredv102 terdapat dua petunjuk asas iaitu:
1) graf bar yang mempunyai dua warna iaitu:
a) hijau adalah untuk uptrend.
b) merah adalah untuk downtrend.
2) graf garisan berwarna putih yang menyambung penghujung setiap bar.



Moving Average

- digunakan untuk mengukur arah pergerakan harga pasaran dengan lancar.
- kebiasaannya, dikira menggunakan “closing price”, “median”, “typical”, “weighted closing”, dan “high”, “low” atau “open price” seperti indikator-indokator yang lain.
- menggunakan konsep pengukuran jarak secara separuh diantara pergerakan harga semasa.
- contoh petunjuk apabila harga melalui “moving average”:
1) “long position” apabila harga berada di atas garisan “moving average”.
2) “short position” apabila harga berada di bawah garisan “moving average”.



Kenapa harus memilih method ini ?


- method ini sangat mudah untuk diikuti dan difahami.
- penggunaan indikator yang ringkas dan padat.
- banyak membantu bagi mereka yang baru sahaja menceburi pelaburan Forex.
- tidak terlalu rumit untuk mempelajarinya.
- sesuai untuk semua jenis pasangan matawang.

Contoh hasil menggunakan method ini

- modal asas = USD 3,000



- proses dagangan jual dan beli dalam pasaran semasa berpandukan method 4.



- Hasil akhir urusniaga berpandukan method 4 dari 14/10/2010 hingga 22/10/2010 iaitu selama 9 hari mencatatkan keuntungan sebanyak USD 4,468.17







Kesimpulan:

Forex merupakan satu urusniaga perdagangan wang asing yang boleh menjana keuntungan jika pelabur mengikuti langkah –langkah yang betul dan teratur serta bijak membuat keputusan bagi membuka dan menutup posisi. Penggunaan method dan indikator yang betul dan tepat mampu membantu pelabur-pelabur membuat keputusan yang tepat sekaligus dapat mengaut keuntungan berlipat ganda. Hakikat berurusniaga, pelabur hendaklah berani mengambil risiko terhadap nilai pelaburan mereka dalam perdagangan mata wang asing ini selain bersedia untuk menghadapi kerugian. Displin, teknik dan pengurusan risiko yang betul akan membantu pelabur sekaligus mengurangkan potensi menghadapi kerugian.

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS