Method 4

Indicator Yang Terlibat :
1.Garisan EMA 200
2.MACD
3.MACD COLOUR v102




Fungsi-fungsi Indicator:
Garisan EMA 200
Untuk mengukur pergerakaan eksponen pasaran dan mengabungkan peratusan tertentu dari nilai sebenar dengan menunjukan kembali peratusan dari nilai terkini eksponen graf pasaran dalam temph 200 hari sebelumnya ,iaitu trend pasaran.



MACD
MACD adalah singkatan dari Moving Average Convergence / Divergence, penunjuk analisis teknikal yang diciptakan byGerald Appel pada akhir tahun 1970. "Indicator" ini digunakan untuk tempat perubahan, arah momentum kekuatan, dan tempoh dari trend harga sesuatu pasaran itu.
MACD merupakan perhitungan perbezaan antara dua moving average eksponen harga penutupan. Perbezaan ini digambarkan dalam bentuk perubahan garisan dari masa ke masa
Exponential moving average mengikuti perubahan terbaru pada harga pasaran itu. Dengan membandingkan EMA dari tempoh yang berbeza, garis MACD menggambarkan perubahan trend pasaran. Kemudian dengan membandingkan perbezaan itu , seorang penganalisis boleh meramal pergerakan pasaran dalam trend pasaran itu.
Kerana MACD adalah berdasarkan pada pasaran yang bergerak, yang dijadikan sebagai penunjuk. Sebagai metrik trend harga.

MACD COLOUR v102
MACD Coloured V102
Indicator ini digunakan untuk perincian trend
Hijau = untuk trend Buy
Red = untuk trend Sell


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Live Instaforex Trading

Asalamualaikum .......................


kepada semua dan selamat belajar bagi yang masih baru mengenai forex. Bagi saya, menjalani kehidupan sebagai pedagang forex merupakan satu kerja yang amat menguntungkan. Tapi dengan semangat yang besar tanpa modal tiada guna juga, tapi kalau ada modal sikit pun memadai RM50-100 pasti berjaya atau RM10 pun dah memadai. Ia cukup untuk memorex. Disini saya akan ajar cara mendaftar FOREX.

 Tapi sebelum itu saya akan terangkan kelebihan forex secara ringkas. Kalau nak tau lebih dalam lagi lawat web seperti

  •  FXCM.com
  •  Liteforex
  •  babyforex.com 


 Kelebihan Forex.

 1. Jual beli matawang Major dan Minor. Major tu wang yang besar nilainya dari minornya. contoh: GBPUSD: GBP- major ( lebih mahal nilai) , USD- minor ( nilai kecil sikit)

 2. Jual atau Beli , kedua-duanya mendapat untung. ni part yang paling mendebarkan dan menyeronokkan... kalau tak pecaya tanya mereka yang suka main forex

 3. tempoh masa trade ialah 5 hari, 24jam : waktu kita malaysia, mula jam 6 pagi hari isnin, hingga kul 6 pagi hari sabtu.

 4. dapat untung, boleh masuk wang dalam akaun bank kita kat malaysia. Part paling bahagia bagi saya. Tiada guna kita untung banyak tapi untung yang kita dapat tak masuk dalam akaun kita.

 Buat masa sekarang asyik masyuk je ni... sukur la. rasa tu je yang paling penting.
 Sekarang saya akan ajar macam mana nak berFOREX dalam INSTAFOREX.
Pasti semua nak tau kan.... SEBELUM SAYA MENERUSKAN ILMU INSTAFOREX...SAYA TERANGKAN KELEBIHAN INSTAFOREX TERLEBIH DAHULU BERBANDING YANG LAIN..

 BILA MENDAFTAR AKAUN INSTAFOREX, ANDA AKAN MENDAPAT BONUS tapi bersyarat:

 a. bonus US30 jika memasukkan modal usd100 ke atas
 b.bonus US200 jika memasukkan modal usd800 ke atas
 c.bonus US1000 jika memasukkan modal usd5000

 seterusnya ikut cara dibawah... satu per satu....

Buka Live Account 

Panduan Daftar Akaun Baru Di Instaforex Panduan ringkas ini saya sediakan kepada anda untuk memudahkan anda mempelajari cara bagaimana untuk register akaun baru di instaforex untuk mendapatkan pakej forex percuma ini.

https://secure.instaforex.com/open-account?lang=en


1.Klik pada link diatas



2 Kemudian anda akan di bawa ke page seperti yang tertera di atas. Isikan maklumat yang diperlukan dengan betul untuk memastikan tiada masalah deposit atau withdraw,recovery dan lain lain di masa depan.







3. Pastikan anda isi Dibahagian "affiliate code " KVQN

4. Selepas itu anda akan di bawa ke page dimana semua butiran maklumat penting mengenai akaun forex anda,nombor akaun forex dan pelbagai lagi.Sila pastikan anda catit atau simpan maklumat penting ini untuk memudahkan urusan di masa depan.

Pengesahan Account(bagi Mengelak Penipuan/Pemalsuan)

1.Prosedur diwujudkan pihak broker bagi menambah kepecayaan pelabur supaya semua urusan di dokumentasikan agar tidak berlaku penipuan atau tidak dibayar broker dan sebagainya .selain sebagai bukti atau kelancaran proses mendeposit /withdraw duit.


2.masukkan link dibawah pada address searching
https://cabinet.instaforex.com/client/ms/login

3.login ID penting yang diberi selepas pendaftaran tadi



4.Pergi Tab sebelah kiri "klik tetapan akaun ---> mengesahkan akaun)

5.Kemudian upload la dokumen yang diperlukan

6.Proses pengesahan mengambil masa 24 - 48 jam waktu bekerja

8.Selesai proses ini baru lah anda dibenarkan untuk membuat transaksi kewangan seperti MENDEPOSIT/WITHDRAW duit dalam akaun atau ke bank akaun.

Terminal Trader/Platform

  • Download terminal di laman ini https://www.instaforex.com/ms/downloads.php
  • Klik 'Download MetaTrader 4 trading platform'.
  • Setelah selesai download, klik run atau install.
  • Setelah Install paparan instatrader warna merah akan muncul di desktop anda. Klik icon tersebut maka akan keluar terminal/platfom trading anda. 
  • Sekarang anda boleh membuat trading. Klik open akaun , masukkan no akaun trading tadi bersama pasword trader dan tukar demo kepada live trading
  • klik ok.
  • sekarang anda ada akaun real dalam instaforex .

  • Dinasihatkan anda daftar untuk akaun demo terlebih dahulu untuk menyesuaikan trading forex supaya mendapat untung yang berterusan. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Projek Analisis Forex 25%

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

Nama Method:

Method 4

Nama indicator yang digunakan:


BrainTrain1Sig

- digunakan untuk mengesan perubahan maksimum sama ada pada posisi beli, jual ataupun tutup untuk perhatian pelabur untuk menjadikan ia sebagai rancangan taktital sebelum mengambil sesuatu keputusan di dalam pasaran dagangan.
- warna magenta digunakan sebagai tanda untuk perubahan maksimum bagi posisi jual.
- warna aqua digunakan sebagai tanda untuk perubahan maksimum bagi posisi beli.



BrainTrain2Sig

- juga digunakan untuk mengesan perubahan maksimum sama ada pada posisi beli, jual ataupun tutup.
- fungsinya hampir sama dengan BrainTrain1Sig tetapi indicator ini lebih kepada untuk meyakinkan pelabur membuat keputusan ketika perubahan maksimum berlaku untuk mana-mana posisi.
- warna magenta digunakan sebagai tanda untuk perubahan maksimum bagi posisi jual.
- warna aqua digunakan sebagai tanda untuk perubahan maksimum bagi posisi beli.



MACD2

- digunakan untuk membuat penilaian terhadap keadaan pasaran semasa bagi membolehkan pelabur membuat keputusan sama ada ingin beli, jual ataupun tutup.
- apabila garisan biru seiring dengan garisan merah maka keadaan ini tidak sesuai untuk melakukan aktiviti buka posisi kerana pasaran tidak stabil.
- apabila berlaku pintasan garisan berwarna biru dari bawah garisan merah maka keadaan ini sesuai untuk melakukan aktiviti buka posisi sama ada beli ataupun jual.



MACDcoloredv102

- merupakan indikator MACD2 yang diubah ke dalam bentuk graf yang akan meramalkan perincian pasaran semasa.
- indikator ini ditetapkan nilai dengan mindif =0.1.
- di dalam MACDcoloredv102 terdapat dua petunjuk asas iaitu:
1) graf bar yang mempunyai dua warna iaitu:
a) hijau adalah untuk uptrend.
b) merah adalah untuk downtrend.
2) graf garisan berwarna putih yang menyambung penghujung setiap bar.



Moving Average

- digunakan untuk mengukur arah pergerakan harga pasaran dengan lancar.
- kebiasaannya, dikira menggunakan “closing price”, “median”, “typical”, “weighted closing”, dan “high”, “low” atau “open price” seperti indikator-indokator yang lain.
- menggunakan konsep pengukuran jarak secara separuh diantara pergerakan harga semasa.
- contoh petunjuk apabila harga melalui “moving average”:
1) “long position” apabila harga berada di atas garisan “moving average”.
2) “short position” apabila harga berada di bawah garisan “moving average”.



Kenapa harus memilih method ini ?


- method ini sangat mudah untuk diikuti dan difahami.
- penggunaan indikator yang ringkas dan padat.
- banyak membantu bagi mereka yang baru sahaja menceburi pelaburan Forex.
- tidak terlalu rumit untuk mempelajarinya.
- sesuai untuk semua jenis pasangan matawang.

Contoh hasil menggunakan method ini

- modal asas = USD 3,000



- proses dagangan jual dan beli dalam pasaran semasa berpandukan method 4.



- Hasil akhir urusniaga berpandukan method 4 dari 14/10/2010 hingga 22/10/2010 iaitu selama 9 hari mencatatkan keuntungan sebanyak USD 4,468.17







Kesimpulan:

Forex merupakan satu urusniaga perdagangan wang asing yang boleh menjana keuntungan jika pelabur mengikuti langkah –langkah yang betul dan teratur serta bijak membuat keputusan bagi membuka dan menutup posisi. Penggunaan method dan indikator yang betul dan tepat mampu membantu pelabur-pelabur membuat keputusan yang tepat sekaligus dapat mengaut keuntungan berlipat ganda. Hakikat berurusniaga, pelabur hendaklah berani mengambil risiko terhadap nilai pelaburan mereka dalam perdagangan mata wang asing ini selain bersedia untuk menghadapi kerugian. Displin, teknik dan pengurusan risiko yang betul akan membantu pelabur sekaligus mengurangkan potensi menghadapi kerugian.

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Install Indicator Forex (instaforex)



1.Selepas selesai Menginstall Forex kedalam Pc/Laptop anda .Anda perlu memasukkan indicator tertentu yang akan lebih memudahkan penganalisishan Graf pasaran .

2.Mula-mula copy Folder Indicator yang disertakan di dalam Cd.

3.Kemudian Pergi ke alamat berikut . C:\Program Files\InstaTrader\experts\indicators dan paste indicator tadi.Selesai close folder tersebut.

4.Buka Shortcut InstaTrader.

5.Disini kita akan mula setting indicator kepada graf, dengan mengunakan button navigator .

6.Kemudian Pilih custom indicators .pilih object indicator petama iaitu BrainTrend1Sig then klik ok .Ulang langkah yang sama dengan memilih indicaator berikutnya iaitu BrainTrend2Sig.(pilih warna bersesuaian)

7.Indicator berikutnya pula ialah MACD2 kemudian pilih tab level,dan tekan butang add tetapkan kepada nilai 0,0 kemudian pilih butang OK.

8.Pilih indicator MACDcoloredv102(pilih warna bersesuaian)kemudian pilih butang OK teruskan dengan indicator GMACD_signal.

9.Selesai memasukkan indicator seperti diatas pilih Moving Average iaitu indicator yang boleh dikatakan agak penting bagi melihat pegerakan graf iaitu bagi open dan close pasaran .Pastikan Ma_period =13 bagi tetapan Moving Average pertama .

10.Untuk Moving Average kedua kemasukan indicator hendaklah dilakukan secara manual iaitu dengan pergi ke tab utama yang memaparkan perkataan "Insert" -> indicator ->Trend -> Moving Average.

11.maka teringkap akan memaparkan item-item seperti period ,shift,MA mathod dan apply to.Setkan mengikut arahan berikut:
period=7 ,shift=5,MA method=simple dan apply to=Close

12.Yang terakhir sekali ialah indicator RSI.Tetapkan nilai 75,60,50,40,35 dengan menekan butang Add pada Tab Lavels.

Sekian ....Selamat mencuba

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Membuka Akaun Maybank2U

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Alhamdullillah, berjumpa kita sekali lagi pada coretan kali ini. Kali ini kami ingin berkongsi bersama anda bagaimana cara yang betul untuk membuka akaun Maybank2U. Maybank2U amat berguna dalam berurus niaga di alam internet yang serba canggih. Pengguna tidak perlu keluar pergi ke bank atau mesin ATM untuk berurus niaga, sebaliknya semua itu hanya di hujung jari mereka hanya dengan menggunakan internet.

Langkah pertama yang anda perlu lakukan adalah pergi kemana-mana cawangan Maybank ataupun mesin ATM Maybank dan memasukkan kad ATM. Tunggu sehingga kad ATM anda disahkan dan masukkan nombor pin anda.

Langkah kedua, pilih Permohonan Maybank2U/PB. Kemudian pilih PIN Laluan Maybank2U dan membuat enam digit nombor pin baru.

Langkah seterusnya, layari www.maybank2u.com.my dan klik pada perkataan "First Time Login". Masukkan nombor akses iaitu 16 digit nombor yang tertera pada kad ATM. Seterusnya, masukkan 6 digit nombor pin yang digunakan sebagai akses pada mesin ATM dan klik "Activate".

Langkah terakhir, cipta "Username" anda yang terdiri daripada 6 hingga 12 huruf. Kemudian, cipta "Password" anda yang terdiri daripada 8 hingga 12 huruf dan nombor. Akhir sekali, isi semula "Password" baru anda tadi sebagai pengesahan.

Akhirnya, kami berjaya memiliki sebuah akaun Maybank2U untuk digunakan dalam urusniaga perbankan di dalam internet. Maybank2U merupakan satu akaun yang mudah digunakan dapat menjimatkan masa dan tenaga manusia. Semoga perniagaan mata wang asing yang baru kami berjinak-jinak dengannya dapat membuahkan hasil, Insya Allah. Sekian sudah coretan kali ini daripada kami.

Assalamualaikum.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

CD Pembelajaran Interaktif E-Dagang

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Alhamdullilah kita berjumpa lagi pada coretan kali ini. Sesungguhnya kami berasa bertuah kerana dapat bersama Encik Miswan sekali lagi pada minggu ini. Beliau telah mengajar banyak perkara pada minggu ini. Antaranya cara untuk menguruskan kewangan kami agar pengaliran keluar masuk perbelanjaan kami terurus dan ke arah kebaikan.

Pada kuliah minggu ini juga kami telah mendapat CD Pembelajaran Interaktif E-Dagang seperti mana yang telah dijanjikan oleh Encik Miswan pada kuliah yang pertama dahulu. Kami telah membeli CD tersebut pada harga RM20 sekeping. Banyak perkara berkaitan dengan E-Dagang boleh kita semua belajar di dalam CD tersebut.


Diharapkan dengan adanya CD ini, kita semua semakin bersemangat untuk mempelajari dan memahami apa itu E-Dagang. Sekian untuk coretan kali ini.

Assalamualaikum.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Welcome To E-Dagang : DIT 3254

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...


Kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana kami berpeluang untuk menyambung pengajian Diploma kami untuk tahun ketiga yang juga tahun terakhir kami. Setelah 2 bulan kami bercuti di kampung halaman masing-masing untuk bersama keluarga dan rakan-rakan, akhirnya kami kembali untuk menamatkan tahun terakhir kami dengan kejayaan. Selamat datang diucapkan pada semua rakan-rakan kami yang berada di dalam kelas DIT 08 khususnya dan di UTHM amnya.

Akhirnya, kelas pertama kami pada semester ini telah bermula yang didahului dengan subjek Pembangunan Aplikasi E-Dagang yang diajar oleh Encik Miswan bin Surip. Beliau merupakan mantan Dekan FTMM pada tahun 2004 dan 2005 di UTHM. Kami berasa amat bertuah kerana dapat menerima tunjuk ajar daripada seorang mantan Dekan FTMM kerana pada pendapat kami amat sukar untuk sesebuah kelas itu menerima tunjuk ajar daripada seorang Dekan ataupun mantan Dekan. Terima kasih kami ucapkan pada Encik Miswan kerana sudi mencurahkan ilmu pada kami dan Insya Allah kami akan memanfaatkan peluang ini sebaik mungkin.

Sekian, terima kasih...

Assalamualaikum...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS