Membuka Akaun Maybank2U

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Alhamdullillah, berjumpa kita sekali lagi pada coretan kali ini. Kali ini kami ingin berkongsi bersama anda bagaimana cara yang betul untuk membuka akaun Maybank2U. Maybank2U amat berguna dalam berurus niaga di alam internet yang serba canggih. Pengguna tidak perlu keluar pergi ke bank atau mesin ATM untuk berurus niaga, sebaliknya semua itu hanya di hujung jari mereka hanya dengan menggunakan internet.

Langkah pertama yang anda perlu lakukan adalah pergi kemana-mana cawangan Maybank ataupun mesin ATM Maybank dan memasukkan kad ATM. Tunggu sehingga kad ATM anda disahkan dan masukkan nombor pin anda.

Langkah kedua, pilih Permohonan Maybank2U/PB. Kemudian pilih PIN Laluan Maybank2U dan membuat enam digit nombor pin baru.

Langkah seterusnya, layari www.maybank2u.com.my dan klik pada perkataan "First Time Login". Masukkan nombor akses iaitu 16 digit nombor yang tertera pada kad ATM. Seterusnya, masukkan 6 digit nombor pin yang digunakan sebagai akses pada mesin ATM dan klik "Activate".

Langkah terakhir, cipta "Username" anda yang terdiri daripada 6 hingga 12 huruf. Kemudian, cipta "Password" anda yang terdiri daripada 8 hingga 12 huruf dan nombor. Akhir sekali, isi semula "Password" baru anda tadi sebagai pengesahan.

Akhirnya, kami berjaya memiliki sebuah akaun Maybank2U untuk digunakan dalam urusniaga perbankan di dalam internet. Maybank2U merupakan satu akaun yang mudah digunakan dapat menjimatkan masa dan tenaga manusia. Semoga perniagaan mata wang asing yang baru kami berjinak-jinak dengannya dapat membuahkan hasil, Insya Allah. Sekian sudah coretan kali ini daripada kami.

Assalamualaikum.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment